Istilah Linux atau GNU/Linux (GNU) juga digunakan bagi merujuk kepada keseluruhan edaran Linux yang selalunya disertakan perisian-perisian lain sekali dengan Sistem pengendalian. Contoh-contoh perisian adalah seperti pelayan web, bahasa pengaturcaraan, pangkalan data, persekitaran desktop]] (seperti GNOME dan KDE), dan suite pejabat seperti OpenOffice.org. Edaran-edaran Linux telah mengalami pertumbuhan yang pesat dari segi kepopularan, sehingga lebih popular daripada versi UNIX yang merupakan perisian hak milik dan mula mencabar dominasi Microsoft Windows dalam sesetengah perkara.
Linux menyokong sebahagian besar perkakasan komputer dan telah diguna di dalam pelbagai peralatan daripada komputer peribadi ke superkomputer dan sistem terbenam (seperti telefon mudahalih dan perakam video peribadi Tivo).
Pada mulanya, ia dibangunkan dan digunakan oleh peminatnya sahaja. Kini Linux telah mendapat sokongan daripada syarikat-syarikat besar seperti IBM, dan Hewlett-Packard. Para penganalisa menujukan kejayaannya ini disebabkan ianya tidak bergantung kepada vendor (vendor-independence), kos perkakasan yang rendah, dan kepantasannya berbanding versi UNIX proprietari, serta faktor keselamatan dan kestabilannya berbanding dengan Microsoft Windows. Ciri-ciri ini juga menjadi bukti kepada keberkesanan model pembangunan sumber terbuka.
Senarai kandungan[tutup]
1 Sejarah
2 Distribusi Linux
3 Aplikasi Sistem Pengoperasian berasaskan Linux
4 Pasaran serta bolehpakai
4.1 Pemasangan (Installation)
4.2 Konfigurasi
4.3 Sokongan
5 "GNU/Linux"
6 Tindakan Undang-undang(Litigation)
7 Bacaan Tambahan
8 Bahan Rujukan
9 Lihat juga
10 Pautan luar
10.1 Maklumat am
10.2 Pengguna baru dan sifat ramah-pengguna dalam Linux
10.3 Edaran Linux
10.4 Rujukan
10.5 Tutorial
10.6 Latihan percuma atas talian
10.7 Latihan Linux untuk profesional
10.8 Penerbitan atas talian
10.9 Penerbitan bercetak
10.10 Linux dan GNU
10.11 Kernel Linux
10.12 Perkakasan Linux
10.13 Berita Linux
10.14 Linux pada Windows
10.15 Biasiswa dan sokongan geran
10.16 Kumpulan-kumpulan Linux
10.17 Lain-lain
//
Sejarah
Kernel Linux pada awalnya ditulis sebagai hobi oleh pelajar universiti Finland Linus Torvalds yang belajar di Universiti Helsinki, sebagai menyerupai kernel Minix yang bebas dan boleh sunting. (Minix adalah projek pelajaran menyerupai UNIX direka untuk mudah dan bukannya untuk kegunaan perniagaan.) Versi 0.01 dikeluarkan ke Internet pada September 1991, Versi 0.02 pada 5 Oktober 1991. [1]
Berikutnya, beribu penulis perisian sukarelawan seluruh dunia telah menyertai projek ini. Lihat juga The Cathedral and the Bazaar, rencana terkenal mengenai model pembangunan kernel Linux dan aturcara seumpamanya.
Sejarah sistem pengoperasian berasaskan Linux berkait-rapat dengan projek GNU, projek perisian bebas terkenal diketuai oleh Richard Stallman. Projek GNU bermula pada 1983 untuk membangunkan sistem pengoperasian seperti Unix lengkap — pengkompil, aturcara aplikasi, utiliti pembangunan dan seterusnya — dikarang sepenuhnya dengan Perisian Bebas. Pada 1991, apabila versi pertama kerangka Linux ditulis, projek GNU project telah menghasilkan hampir kesemua komponen sistem ini — kecuali kernel. Torvalds dan pembangun kernel seperti Linux menyesuaikan kernel mereka supaya dapat berfungsi dengan komponen GNU, dan seterusnya mengeluarkan Sistem Pengoperasian yang cukup berfungsi. Oleh itu, Linux melengkapkan ruang terakhir dalam rancangan GNU.
Walaupun kernel Linux dilesenkan di bawah GNU General Public License, ia bukannya sebahagian daripada projek GNU.
Tux, seekor Penguin, merupakan logo dan maskot bagi Linux. Linux adalah tandaniaga (SN: 1916230) yang dimiliki oleh Linus Torvalds. Ia didaftar sebagai "Perisian sistem pengoperasian komputer bagi penggunaan komputer dan operasi". Tandaniaga ini diletak setelah berlaku suatu kejadian di mana seorang peguam bernama William R Della Croce Jr mula menghantar surat kepada para pengedar Linux yang mendakwa tandaniaga Linux adalah kepunyaannya serta meminta royalti sebanyak 10% daripada mereka. Para pengedar Linux mula mengumpul sumber serta membuat rayuan agar tandaniaga yang asal diberi kepada Linus Torvalds. Perlesenan tandaniaga Linux sekarang dikendali oleh Linux Mark Institute.
Distribusi Linux
Lihat juga Distribusi Linux
Terdapat banyak edaran atau distribusi Linux (lebih dikenali sebagai Distro), yang dibangunkan oleh individu, koperasi, dan pertubuhan lain. Setiap satunya mungkin disertakan dengan perisian sistem dan program aplikasi tambahan, di samping menyertakan suatu program yang memasang keseluruhan sistem dalam komputer baru.
Teras bagi setiap edaran Linux termasuk Kernel Linux, koleksi perisian daripada projek GNU (atau projek lain), shell, dan aturcara utiliti seperti pustaka (libraries), Pengkompil, dan Pengedit (editor). Kebanyakan sistem juga menyertakan aturcara dan utiliti yang bukan-GNU, bagaimanapun aturcara-aturcara tersebut boleh diasingkan dan masih menyediakan sistem ala-Unix. Beberapa contoh adalah aturcara dan utiliti daripada BSD dan Sistem Tetingkap-X (X-Window System). X menyediakan Antaramuka Grafik (GUI) yang asas bagi sistem Linux.
Kebanyakan edaran Linux menyertakan pelbagai perisian berkualiti. Lihat Senarai koleksi perisian Sumber terbuka.
Lagi Sejarah Linux Lagi Sejarah Linux
Aplikasi Sistem Pengoperasian berasaskan Linux
Pengguna Linux, yang secara tradisinya perlu memasang dan melakukan konfigurasi terhadap sistem sendiri, lebih cenderung terhadap teknologi berbanding pengguna Microsoft Windows atau Mac OS. Mereka sering mendapat gelaran "hacker" atau "geek". Bagaimanapun stereotaip begini semakin kurang dengan peningkatan sifat ramah-pengguna dan berleluasannya pengguna edaran Linux. Linux telah membuat pencapaian yang agak baik dalam pasaran komputer pelayan (server) dan komputer guna-khas (special purpose). Contohnya, mesin render imej, dan servis web. Linux juga mula popular dalam pasaran komputer "desktop".
Linux merupakan asas kepada kombinasi perisian-pelayan LAMP, kependekan daripada Linux, Apache, MySQL, Perl/PHP,Python. LAMP telah mencapai kepopularan yang luas di kalangan pembangun Web.
Linux juga sering digunakan sebagai Sistem Pengoperasian Benam. Kos Linux yang murah memungkinkan penggunaannya dalam peralatan seperti Simputer, iaitu komputer kos rendah yang disasarkan pada penduduk berpendapatan rendah di Negara-negara Membangun.
Dengan Persekitaran Desktop seperti KDE dan GNOME, Linux menawarkan Antaramuka Pengguna yang lebih menyerupai Apple Macintosh atau Microsoft Windows daripada Antaramuka Baris Arahan seperti Unix. Justeru itu, lebih banyak perisian grafik boleh didapati pada Linux, yang menawarkan kebanyakan fungsi yang ada pada aturcara komersil.
Pasaran serta bolehpakai
Linux yang pada awalnya hanya merupakan sistem pengoperasian yang digunakan oleh peminat komputer, telah menjadi sistem yang lebih Ramah-pengguna, dengan antaramuka grafik yang pelbagai serta aplikasi yang lebih memiripi sistem pengoperasian konsumer lain, daripada baris arahan Unix. Namun kesan ini telah menimbulkan kritikan ramai, begitu juga daripada penyokong Linux. Mereka berpendapat yang Linux dan projek perisian bebas masih belum mencapai faktor ke'bolehpakai'an yang memuaskan. Persoalan tentang ke'bolehpakai'an Linux berbanding Windows atau Macintosh masih menjadi isu perdebatan yang hangat. Pasaran Linux dalam komputer "desktop" masih agak kecil tapi semakin berkembang. Menurut Syarikat Penyelidikan Pasaran IDC, bahagian pasaran bagi Linux pada tahun 2002 adalah 25% bagi pasaran pelayan, dan 2.8% bagi pasaran Komputer Peribadi.
Bagi mereka yang hanya biasa menggunakan Windows atau Macintosh, Linux mungkin kelihatan lebih sukar disebabkan perbezaan dalam melakukan pelbagai kerja komputer. Malahan itu, lebih mudah untuk mencari sokongan teknikal bagi Windows atau Mac OS berbanding Linux. Tambahan lagi, secara lazimnya pengguna perlu menukar perisian yang sering digunakan, disebabkan perisian tersebut tidak didapati dalam Linux (atau pilihan yang agak terhad, terutamanya permainan komputer). Faktor lain adalah sifat ragu-ragu pengguna yang berasa susah hendak melepaskan sistem pengoperasian mereka (ramai pengguna masih menggunakan versi Windows yang lama). Selain itu, kebanyakan komputer didatangkan dengan Windows sedia dipasang (preinstalled). Faktor-faktor ini menyebabkan perkembangan Linux yang agak perlahan.
Walaubagaimanapun, kelebihan Linux seperti kos rendah, kelemahan sekuriti yang kurang, dan tidak bergantung pada vendor (lack of vendor lock-in), telah menggalakkan penggunaan yang meluas di kalangan koperasi dan kerajaan. Dalam situasi ini, halangan yang disebut di atas dapat dikurangkan kerana hanya aplikasi/aturcara yang terhad digunakan, serta kerja pentadbiran komputer (administration) dikendalikan oleh sekumpulan pekerja pakar IT yang sedikit.
Terdapat pelbagai kajian yang dilakukan terhadap kos serta ke'bolehpakai'an Linux. Relevantive, (sebuah syarikat berpusat di Berlin, yang mengkhusus dalam rundingan syarikat tentang ke'bolehpakai'an perisian, serta servis web), telah membuat kesimpulan bahawa ke'bolehpakai'an Linux bagi kerja-kerja berkaitan komputer "desktop" adalah hampir sama dengan Windows XP. Bagaimanapun, kajian oleh IDC (yang dibiayai oleh Microsoft) membahaskan bahawa Linux mempunyai kos pemilikan (Total Cost of Ownership) yang lebih tinggi berbanding Windows.
Linux juga sering dikritik disebabkan jadual pembangunannya yang tidak dapat diduga. Secara langsung, menyebabkan pengguna Enterprise kurang selesa dengan Linux berbanding dengan sistem pengoperasian lain (Sumber:Marcinkowski, 2003). Pilihan yang banyak dalam edaran Linux juga dikatakan mengelirukan konsumer, dan vendor perisian.
Pemasangan (Installation)
Proses pemasangan yang sukar sering-kali menjadi penghalang bagi pengguna baru, namun proses ini adalah lebih mudah hari ini. Dengan penerimaan Linux oleh beberapa pengeluar PC (Komputer Peribadi) terbesar, komputer yang disedia-pasang dengan edaran Linux boleh didapati. Terdapat juga edaran Linux yang membenarkan Linux dibut (boot) secara terus daripada Live CD tanpa perlu memasangnya ke dalam Cakera keras. Contoh-contoh edaran Linux berbentuk Live CD adalah Knoppix/Gnoppix dan Gentoo. Imej ISO bagi CD untuk edaran Linux tersebut biasanya boleh dimuat turun daripada Internet, ditulis ke CD, dan seterusnya membutkan CD tersebut. Linux juga boleh dibutkan menerusi rangkaian, menerusi Cakera liut, atau menerusi Kad Rangkaian.
Konfigurasi
Konfigurasi atau pentadbiran bagi kebanyakan ketetapan(setting) Linux seringkali perlu dilakukan menerusi penyuntingan fail teks dalam direktori /etc. Terdapat juga aturcara seperti Linuxconf dan GNOME System Tools yang bertujuan memudahkan kerja ini dengan menyediakan antaramuka grafik. Namun baris arahan merupakan cara paling lazim digunakan.
Sokongan
Sokongan bagi Linux biasanya didapatkan menerusi peer(dalam konteks ini bermaksud rakan dalam talian) - pengguna Linux lain di dalam forum internet, newsgroup dan senarai mel. Kumpulan Pengguna Linux (LUG, Linux User Group) telah ditubuhkan di sepelosok dunia bagi membantu pengguna tempatan (local user), pengguna baru, dan pengguna berpengalaman. Bantuan termasuk pemasangan, penggunaan, penyelenggaraan serta menggalakkan perkembangan sistem Linux.
Pembekal komersil bagi edaran Linux secara umumnya mengamalkan model perniagaan dengan menyediakan sokongan. Sokongan parti ketiga juga sedia ada.
"GNU/Linux"
Lihat Kontroversi Penamaan GNU/Linux
Disebabkan aturcara-aturcara daripada projek sistem pengoperasian bebas GNU - tanpa ini sistem Linux tidak akan menyerupai sistem Unix dalam perspektif pengguna - Richard Stallman daripada GNU/FSF memohon agar kombinasi sistem (projek GNU dan kernel Linux), digelar sebagai "GNU/Linux". Pengguna edaran Linux daripada projek Debian lebih cenderung mengguna nama tersebut. Kebanyakan pengguna lebih mudah mengguna istilah "Linux".
Tindakan Undang-undang(Litigation)
Artikel utama: SCO Vs IBM Pada bulan Mac 2003, Kumpulan SCO (SCOG - SCO Group) telah mengeluarkan saman terhadap IBM yang mendakwa bahawa IBM telah memasukkan sebahagian daripada bahan intelektual kepunyaan SCOG ke dalam kernel Linux, di mana ia merupakan cabulan terhadap lesen IBM untuk menggunakan UNIX. Lesen tersebut dikatakan dipegang oleh Kumpulan SCO. Tambahan lagi, Kumpulan SCO juga telah mengirim surat kepada sebilangan syarikat dan memberi amaran tentang penggunaan Linux tanpa lesen daripada kumpulan SCO akan menerima tindakan daripada mereka. Kumpulan SCO juga mengeluarkan pernyataan pada media massa yang mereka akan menyaman pengguna Linux selanjutnya. Kontroversi ini telah mencetus beberapa kes saman oleh Kumpulan SCO terhadap Novell, DaimlerChrysler, dan AutoZone, selain saman balik oleh Red Hat dan pihak lain terhadap SCOG.
GNU / LINUX
Diposting oleh purnamasari di 20.58
Kamis, 21 Februari 2008
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar