unsur-unsur internet

Diposting oleh purnamasari di 21.53

Jumat, 15 Februari 2008

Artikel berikut diambil dari pelbagai sumber termasuk pengalaman pengarang sendiri menggunakan sistem NSFNET/USENET (yang terdahulu). Ianya telah diolah kembali dengan penuh teliti oleh pengarang bagi tujuan untuk mudah difahami oleh pembaca.

Hakcipta Terpelihara 2000 - Nik Zafri Abdul Majid. Penyalinan/penggunaan kembali harta intelek dalam apa juga bentuk tanpa kebenaran adalah bersalahan dari segi Undang-Undang.

SUMBER 1 - RINGKASAN ARPANET

ARPANET merupakan rangkaian ujikasi, diwujudkan pada tahun 1969 oleh Agensi Projek Penyelidikan Lanjutan Jabatan Pertahanan (ARPA) ARPANET memudahkan penggunanya berkongsi maklumat dan sumber serta menjadi pelantar ujian bagi teknologi rangkaian.

Hasil kajian ARPANET telah membuahkan protokol TCP/IP, yang menentukan cara data dihantar dan dikongsi dalam rangkaian jaringan. Penggunaan TCP/IP secara lebih meluas hari ini telah melahirkan INTERNET.

ARPANET terus berkembang dan pada tahun 1983 dipecahkan kepada 2 rangkaian - ARPANET dan MILNET. Akhirnya pada tahun 1990, ARPANET dihentikan dan digantikan dengan NSFNET.

ARPANET adalah ringkasan kepada Advanced Research Projects Agency (ARPA) Network. Rangkaian ini ditubuhkan pada tahun 1969 oleh ARPA dan dibiayai oleh Jabatan Pertahanan. Pada awalnya, rangkaian ini hanyalah ujikasi yang digunakan untuk tujuan penyelidikan, pembangunan dan menguji teknologi rangkaian.

Jaringan awal telah menghubungkan 4 buah komputer hos di 4 buah universiti di Amerika Syarikat bagi memudahkan penggunanya berkongsi maklumat dan sumber.

Pada tahun 1972, terdapat 37 buah komputer hos yang mempunyai talian ke ARPANET. ARPA kini telah ditukar menjadi DARPA(Defense Advanced Research Projects Agency).

Pada tahun 1973, ARPANET telah melintasi sempada Amerika Syarikat dengan bertapak di England and Norway.

Sasaran utama ARPANET ialah membangunkan rangkaian yang akan tetap beroperasi walaupun terdapat sebahagian daripada rangkaian mengalami kegagalan. Kajian dalam bidang ini telah menemukan set peraturan rangkaian atau protokol yang dipanggil TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol).

TCP/IP merupakan protokol yang menentukan cara data dipindahkan menerusi rangkaian. Ianya juga mampu menerima komputer yang menggunakan sistem pengoprasian yang berbeza seperti DOS dan UNIX untuk mempermudahkan perkongsian data di rangkaian.

ARPANET berfungsi sebagai rangkaian tulang belakang yang memberi laluan kepada rangkaian tempatan yang lebih kecil mempunyai talian ke tulang belakang utamanya. Apabila rangkaian-rangkaian lebih kecil ini mempunyai talian ke ARPANET, dengan sendirinya mereka akan mempunyai talian antara satu dengan yang lain.

Pada tahun 1983, DARPA mencadangkan TCP/IP menjadi set yang piawai untuk komputer yang mempunyai talian ke ARPANET. Ini bermakna rangkaian yang lebih kecil (contohnya pusat pengajian tinggi-universiti dsb.) perlu menggunakan TCP/IP untuk mempunyai talian ke ARPANET.

TCP/IP boleh didapati secara percuma dan digunakan secara meluas oleh rangkaian-rangkaian. Peneybaran TCP/IP telah membantu membina Internet - rangkaian/jaringan yang menggunakan protokol TCP/IP atau berinteraksi dengan rangkaian-rangkaian TCP/IP.

ARPANET terus berkembang melibatkan rangkian universiti dan kerajaan.

Bagi memudahkan pengurusan yang semakin berkembang, pada tahun 1983, ARPANET telah dipecahkan kepada dua bahagian rangkain iaitu:

ARPANET - terus digunakan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan rangkaian.

MILNET - rangkaian yang tidak diklasifikasikan dan terhad kepada laman ketenteraan.

Pada tahun 1986, jaringan tulang belakan yang lebih pantas diperkenalkan iaitu NSFNET (National Science Foundation Network). Pada tahu 1989, terdapat 10,000 komputer hos mempunyai talian kepada INTERNET, atau “rangkaian kepada rangkaian”

Disebabkan kejayaan NSFNET, kesemua laman yang mempunyai talian di ARPANET diserapkan peringkat demi peringkat ke NSFNET dan pada tahun 1990, ARPANET telah dimansuhkan.

1 komentar:

Nik Zafri mengatakan...

Terima kasih kerana menggunakan artikel saya sebagai rujukan di sini. Walaupun ianya berunsur sejarah internet yang tidak lagi digunapakai, namun asas-asasnya dapat dimanfaatkan.

Salam Hormat
Nik Zafri